Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Sertai GDSI, Komited Rancakkan Industri Pelancongan

ByFebbright James

KUCHING, 11 OGOS: Sarawak yang komited merancakkan lagi industri pelancongan tempatannya telah melancarkan projek Global Destination Sustainability Index Partnership Programme – Sarawak Region.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, inisiatif tersebut diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak dengan Kerjasama Business Events Sarawak Dan Sarawak Tourism Board sebagai alat pengukur untuk menilai kelestarian sarawak untuk menjadi pusat perniagaan dan pelancongan pada skala global.

“Projek ini adalah sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 untuk Sektor pelancongan, di mana ia bertujuan menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama untuk eko-pelancongan dan perniagaan menjelang 2030,” katanya.

Jelasnya, bandaraya Kuching dipilih menjadi perintis kepada projek ini selaras dengan kriteria yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Sustainable Development Goals dan Global Sustainable Tourism Council (GSTC) Destination Criteria sekaligus menjadikan bandaraya Kuching sebagai negeri pertama di Malaysia menyertai program ini.

Di samping itu, melalui inisiatif ini, ianya dilihat bukan sahaja memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan pelancongan, bahkan boleh menyokong setiap industri di Sarawak termasuk pembanguna ekonomi komuniti.

Abdul Karim yakin ini akan dapat menarik ramai lagi pelabur dari luar negara untuk melabur di negeri ini.

“ Sistem ini terbukti dapat memberikan kita data dan maklumat untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih baik, memperbaiki strategi perniagaan, memupuk kolaborasi dan inovasi, dan mempromosikan Sarawak pada skala yang lebih tinggi yang lebih menguntungkan di dunia masa kini,” ujarnya lagi. ini

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran GDSI bertempat di Imperial hotel, Kuching pada Rabu.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan