Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas lemas, bot terbalik dipukul ombak

MIRI, 11 OGOS: Seorang nelayan warga emas ditemukan lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik akibat dipukul ombak besar ketika menangkap hasil laut.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, mangsa, Sadan Seman, 87, telah pergi menangkap hasil laut bersama anaknya di Piasau Utara, Sungai Miri.

Menurutnya lagi, keadaan cuaca yang teruk telah menyebabkan bot terbalik dan pecah dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu. .

“Dua mangsa iaitu bapa dan anak telah turun ke laut dan dalam perjalanan pulang angin telah bertiup kencang dengan keadaan laut bergelora .

“Akibat daripada itu air telah memasuki bot mereka menyebabkan bot ini terbalik dan pecah,” jelasnya.

Tambahnya , mayat mangsa ditemui terapung tidak jauh dari lokasi kejadian sementara anaknya sempat bergayut di atas serpihan bot dan telah diselamatkan oleh nelayan lain yang berdekatan.

Kes kematian mangsa tersebut diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut oleh pihak polis.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan