Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 11 Ogos -- Kenderaan yang membawa Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Abang Tun Openg tiba di Bangunan Perdana Putra hari ini untuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Abang Johari Hadiri Pertemuan Bersama Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA: Pemimpin utama parti dalam Perikatan Nasional (PN) berada di Perdana Putra di sini hari ini dipercayai bagi menghadiri pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan yang membawa pemimpin seperti Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilihat memasuki Perdana Putra pada jam 4.36 petang, manakala Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada jam 4.53 petang.

Kenderaan yang membawa Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada jam 3.40 petang, disusuli Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada jam 3.47 petang.

Berdasarkan mesej yang tular, satu perjumpaan khas ketua-ketua parti dalam PN bersama Muhyiddin dijadualkan berlangsung di Pejabat Perdana Menteri pada jam 5 petang.

Walaupun tiada butiran agenda mengenai pertemuan tersebut didedahkan namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan perkembangan situasi politik semasa negara

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan