Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 58 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan dalam Op Bersepadu yang diadakan di sekitar kawasan Sri Aman mulai semalam dan berakhir awal pagi tadi.Foto IPD Sri Aman

58 PATI warganegara Indonesia ditahan dalam Op Bersepadu di Sri Aman

SRI AMAN, 7 Sept: Seramai 58 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan dalam Op Bersepadu yang diadakan di sekitar kawasan Sri Aman mulai semalam dan berakhir awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, operasi bermula jam 8 malam hingga 2 pagi itu diadakan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bersama Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Kompeni C, Batalion 10 Pasukan Gerakan Am.

“Serbuan dilakukan di Penempatan Pekerja di Kawasan Ladang Kelapa Sawit Tabaruk Abadi Estate Sri Aman, Penempatan Pekerja di Ladang Kelapa Sawit Salcra Pakit/Undop dan Penempatan Pekerja di Kawasan Ladang Sarawak Plantation Melugu/Po Ai ( SPAD),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, daripada jumlah tangkapan itu 47 orang terdiri daripada lelaki dan 11 orang perempuan.

“Operasi ini dilaksanakan kerana terdapat aduan daripada masyarakat setempat berkaitan kehadiran PATI di kawasan ladang kelapa sawit di Daerah Sri Aman,” ujarnya.

Katanya, semua tangkapan PATI telah di bawa ke Pejabat Imigresen Sri Aman untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Imigresen

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” tegasnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan