Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penonton memegang bendera Palestin semasa perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 zon Asia antara Korea Selatan dan Palestin di Seoul hari ini. Foto, AFP.

Kelayakan Piala Dunia Zon Asia, Palestin ikat Korea, Jepun belasah China 7-0

ByAFP

Hong Kong , 4 Sept: Jepun memulakan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia dengan cemerlang apabila membelasah China 7-0 namun kejutan terbesar apabila Australia mengalami kekalahan mengejut kepada Bahrian di tempat sendiri.

Dalam aksi pada Khamis, Palestin memperoleh mata apabila seri 0-0 dengan Korea Selatan di tempat lawan dengan mereka cuba mara ke Piala Dunia buat kali pertama.

Bintang Liga Perdana English, Kaoru Mitoma dan Wataru Endo malam ini menjaringkan gol ketika Jepun ‘mengajar’ bola sepak kepada China di Saitama.

Pemain sayap Brighton, Mitoma yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini ekoran kecederaan, membuat penampilan pertamanya untuk Jepun sejak Piala Asia pada Januari.

Dia mengumumkan kepulangannya dengan penuh bergaya di hadapan lebih 50,000 penyokong apabila menjaringkan gol menerusi tandukan pada separuh masa pertama.

Mitoma berkata dia berasa lega selepas melakukan jaringan.

“Sokongan penyokong amat menggalakkan dan membolehkan kami bermain dengan baik sejak wisel dibunyikan,” katanya.

Takumi Minamino menambah dua lagi gol selepas rehat untuk meletakkan Jepun dalam kawalan penuh menentang China yang ingin layak ke Piala Dunia sejak 2002.

Junya Ito yang juga bermain untuk Jepun buat kali pertama sejak Piala Asia menjaringkan satu lagi gol sebelum gol lewat daripada Daizen Maeda dan Takefusa Kubo menyempurnakan persembahan dominan daripada pasukan kendalian Hajime Moriyasu.

Ia bagaimanapun menjadi malam yang ingin dilupakan oleh China yang mara ke pusingan kelayakan ketiga dengan hanya bersandarkan rekod pertemuan yang baik berbanding Thailand.

Aksi dalam Kumpulan C juga menyaksikan Bahrain mengejutkan Australia 1-0 di Gold Coast hasil jaringan sendiri Harry Souttar pada minit ke-89.

Tuan rumah yang beraksi dengan 10 orang pemain mengharapkan keputusan seri namun bernasib malang apabila pemain pertahanan itu tertampan bola ke gawang sendiri.

Socceroos jelas bergelut dalam perlawanan itu apabila lawan mengamalkan corak permainan bertahan dan keadaan menjadi lebih sukar apabila penyerang, Kusini Yengi dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas dikesan menyepak leher pemain pertahanan Bahrain, Sayed Baqer.

“Ia pembelajaran untuk pemain. Ia bukan malam kami,” kata jurulatih Australia, Graham Arnold.

Dalam kumpulan yang sama lewat Khamis, Arab Saudi yang dilatih Roberto Mancini menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang Indonesia.

Dua pasukan teratas setiap tiga kumpulan Zon Asia akan dijamin tempat beraksi di Piala Dunia dengan 48 pasukan akan beraksi di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Di Stadium Piala Dunia Seoul yang berkapasiti 66,000 orang dalam aksi Kumpulan B, Palestin memberi kejutan besar kepada Korea Selatan dalam aksi tanpa jaringan yang menghiburkan.

Membuat penampilan sulung pada pusingan ketiga kelayakan Zon Asia, pasukan ke-96 ranking FIFA itu menunjukkan mereka tidak gentar bertemu tuan rumah yang menghuni ranking ke-23 apabila mengamalkan corak permainan terbuka.

Palestin pada kebiasaannya bermain perlawanan di tempat sendiri dengan menjadikan negara di Timur Tengah sebagai lokasi pertandingan berikutan perang di Gaza.

Liga tempatan telah digantung dan ramai pemain tidak memiliki kelab namun di sebalik kesusahan itu, mereka menunjukkan keputusan baik apabila mampu seri.

Dalam perlawanan tadi, Palestin menyangka mereka telah mendahului pada minit ke-22 namun gol itu dibatalkan kerana off-side.

Dalam kumpulan yang sama lewat Khamis, Iraq berdepan Oman dan Jordan bertemu Kuwait. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan