Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bapa maut dalam tragedi bot gentian terbalik

ByFreddy Bohari

MIRI: Satu insiden maut berlaku apabila sebuah bot gentian yang dikemudikan oleh seorang lelaki dan bapanya terbalik kira-kira 11 batu nautika ke barat daya Kuala Miri di perairan Lutong pada waktu tengah hari Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menerusi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuching dalam satu kenyataannya.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Mohd Fauzi Othman berkata, aduan diterima melalui MERS 999.

MRSC Kuching mengaktifkan Operasi CARILAMAT dengan menugaskan bot Kilat 42 ke lokasi kejadian dan menubuhkan Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) di Jeti Marina Bay.

Pengadu memaklumkan, dua mangsa bot karam terbabit merupakan pasangan bapa dan anak warga tempatan bernama Semido Sadan, 56, dan Sadan Seman, 87.

Mereka ditemui nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan di lokasi berdekatan sekitar 12.45 tengah hari.

Mangsa yang terselamat memakai jaket keselamatan, manakala bapa mangsa telah hilang dan ditemui terapung tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku secara tiba-tiba apabila bot yang kami naiki dipukul angin kencang dengan ombak setinggi tiga meter yang menyebabkan bot dimasuki air dan terbalik,” kata Semido.

Mangsa dibawa ke Jeti Marina Bay pada jam 1.30 petang bersama bot nelayan serta aset Maritim Malaysia sebelum Operasi CARILAMAT ditamatkan.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim untuk mengutamakan keselamatan, terutamanya ketika keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu, dan menangguhkan sebarang aktiviti sekiranya keadaan tidak mengizinkan.

Pelaut dan nelayan diseru mengamalkan langkah keselamatan semasa berada di laut dengan memakai jaket keselamatan.

Mereka juga digalakkan membawa bersama peranti ‘Personal Locator Beacon’ (PLB) bagi memudahkan pihak Maritim Malaysia untuk mengenalpasti lokasi sekiranya berlaku kecemasan.

Orang ramai disarankan menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri jika berlaku kecemasan atau kejadian mencurigakan menerusi talian 085-418204, Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544, atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan