Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis diarah siasat dakwaan ahli Parlimen terima mesej berunsur rasuah

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Polis diarah untuk menjalankan siasatan secara terperinci dan menyeluruh terhadap semua laporan polis berhubung dakwaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang menerima mesej berunsur rasuah melalui aplikasi WhatsApp.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata selain merujuk laporan polis itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), siasatan juga dilaksanakan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat oleh pihak yang terlibat.

“Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tindakan tegas tanpa kompromi diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti melakukan kesalahan jenayah, termasuk pihak yang membuat laporan polis yang palsu dan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, SPRM dalam kenyataan dilaporkan memaklumkan telah bertemu dengan tiga Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

SPRM menyatakan pihaknya memandang serius mengenai dakwaan beberapa Ahli Parlimen DAP ditawarkan rasuah oleh sesetengah pihak untuk menyokong kerajaan PN.

Antara yang dilapor menerima mesej itu adalah Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Utara Wong Kah Woh dan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong.

— BERNAMA  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan