Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pserta bergambar beramai-ramai selepas tamat latihan. Foto AZAM Sarawak

80 peserta tamat latihan pengacaraan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 Ogos: Seramai 80 peserta dari pelbagai latar belakang dan agensi menamatkan latihan pengacaraan pertama anjuran Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM Sarawak) hari ini.

Latihan intensif tersebut disertai perserta dari Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC), Pustaka Negeri Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), AZAM Young Souls, Sarawak Energy Berhad dan individu.

Kejayaan penganjuran tersebut memberi inspirasi kepada AZAM untuk mempertimbangkan Latihan Pengacaraan 2.0 dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif AZAM, Ali Suhaili memuji dedikasi dan pencapain peserta latihan tersebut.

“Kejayaan anda hari ini bukti komitmen dan usaha gigih yang dicurahkan. Saya berbangga dengan pencapaian anda. Kami berterima kasih atas sokongan berterusan anda kepada AZAM dan berharap sokongan ini akan terus berkembang,” katanya.

Pada majlis sama, beliau mengajak orang ramai untuk menyertai Latihan Perhubungan Awam AZAM pada 23 dan 24 September tahun ini.

Latihan tersebut merangkumi beberapa perkara penting seperti penghasilan buletin, perhubungan media, penulisan untuk media, pengurusan krisis, pengurusan acara, penulisan ucapan dan penulisan korporat.

Untuk maklumat lanjut mengenai latihan akan datang dan inisiatif lain, sila hubungi talian 082 411 799.– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan