Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PETRONAS mempersembahkan sebuah filem pendek menyentuh hati berjudul PenJAGA yang meraikan nilai-nilai yang menyatukan negara ini.

PETRONAS tampil dengan PenJAGA sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Ogos: Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini dan Hari Malaysia yang disambut pada 16 September depan, PETRONAS mempersembahkan sebuah filem pendek menyentuh hati berjudul PenJAGA yang meraikan nilai-nilai yang menyatukan negara ini.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Perhubungan dan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS, Siti Azlina Abdul Latif berkata, filem itu memaparkan budaya penyayang masyarakat Malaysia yang unik serta mencerminkan bagaimana keprihatinan dan persefahaman kolektif rakyat menyumbang kepada masyarakat yang berdaya tahan dan harmoni.

Menerusi satu kenyataan, Siti Azlina berkata filem arahan Hyrul Anuar itu menyaksikan penggambarannya dilakukan di perumahan pangsapuri yang didiami penduduk terdiri daripada pelbagai kaum yang hidup bersama secara harmoni.

“Filem ini menonjolkan semangat kejiranan, melambangkan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kisah PenJAGA memberi inspirasi kepada kita untuk terus mengambil berat antara satu sama lain, membentuk semangat kemerdekaan yang berdaya tahan, harmoni dan progresif.

“Sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-50 PETRONAS tahun ini, ‘Menyambung legasi bersama untuk masa depan kita’, filem ini juga menzahirkan penghargaan buat semua yang menyokong niat kami untuk terus membanggakan Malaysia sama ada dalam dan luar negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Azlina berkata, antara barisan pelakon yang membintangi filem itu adalah Beto Kusyairi yang memegang watak sebagai Faizul iaitu seorang pengawal keselamatan yang berdedikasi kepada masyarakat dengan sentiasa menjalankan tugasnya untuk membantu jirannya.

Filem PenJAGA akan menemui penonton di laman YouTube dan Facebook rasmi PETRONAS mulai hari ini (30 Ogos). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan