Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata BCCK 2 mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 orang. Foto TVS

Pembinaan BCCK 2 dilaksanakan secepat mungkin

ByMarzella Sigai

Kuching, 30 Ogos: Pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kedua akan dilaksanakan secepat mungkin dan dijangka siap pada 2027, demikian menurut Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata, pelaksanaan segera projek tersebut bagi menampung penganjuran acara-acara yang lebih besar pada masa akan datang.

“Nama kontraktor dan pihak berkaitan dengan pembinaan BCCK 2 telah diketahui. Jadi, kita akan mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut supaya boleh disiapkan sebelum 2028,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Business Events Sarawak (BESarawak) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, BCCK 2 akan dibina bersebelahan BCCK sedia ada dan boleh menampung kapasiti sehingga 10,000 orang.

Menurutnya, pembinaannya juga susulan Sarawak yang telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) 2028.

“Jumlah delegasi yang akan hadir iaitu kira-kira 10,000 orang. Jadi, 10, 000 tambah 5, 000, tempat tersebut akan menjadi pusat pameran yang besar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan