Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis buru suspek samun pasar mini

ByKhairil Zharif Affindie

KAPIT, 9 OGOS: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pasar mini di Jalan Temenggong Jugah Kapit pada malam Ahad kini sedang diburu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata dalam kejadian jam 8.45 malam itu, suspek yang memakai topi keledar, menggunakan pelitup muka serta berseluar jeans berwarna coklat dan memakai baju jaket warna hitam telah memasuki premis berkenaan.

“Tiba-tiba datang seorang lelaki untuk membeli kad isian semula prabayar telefon bimbit berharga rm5.50 sambil memberikan wang berjumlah RM6,” katanya.

Menurutnya, semasa kejadian juruwang seorang wanita berumur 35 tahun bersama seorang lagi pekerja sedang mengemas kedai kerana kedai ditutup pada jam 9 malam. 

“Ketika membuka mesin wang untuk mengambil baki wang sebanyak 50 sen, suspek tiba-tiba naik ke atas kaunter sambil memegang sebilah pisau berukuran lebih kurang 7 inci dan cuba mengambil duit dari dalam laci mesin wang berkenaan,” katanya

Tambahnya, juruwang berkenaan kemudian bertindak menolak suspek sebelum melarikan diri ke dalam kedai kerana bimbang dicederakan lagi setelah mengalami luka di bahagian dagu dan jari telunjuk tangan kanan. 

“Suspek kemudian mengambil wang tunai sebanyak RM600 dari mesin wang tersebut dan terus melarikan diri,” tambah Freddy.

Katanya lagi usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi balai polis kapit di talian 084-799622 .

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan