BAU, 29 Ogos: Mayat dipercayai warga Indonesia, Yoga Anggiska yang hilang di Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan pada 3.58 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan (DSP)Â Jawai Francis Kempas berkata, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Kata beliau, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga akan dilakukan untuk pengesahan identiti.
“Kejadian ini (orang hilang di puncak gunung) hanya diketahui polis selepas menerima maklumat daripada pejabat Konsulat Republik Indonesia di Kuching pada 23 Ogos lepas,” katanya di sini hari ini.
Semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan gunung dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).
Difahamkan mangsa hilang di gunung berkenaan sejak 13 Ogos lepas. -TVS.