Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rakyat Xcess, Ar-Rahnu X’Change manfaatkan 16,373 penduduk Sebuyau

BySalasiah Safian

SEBUYAU, 9 OGOS: Seramai 16,373 penduduk di Daerah Kecil Sebuyau akan menikmati perkhidmatan perbankan Bank Rakyat menerusi pembukaan cawangan baharu Rakyat Xcess dan Ar-Rahnu X’Change.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pembukaan cawangan tersebut jelas mencerminkan komitmen Bank Rakyat untuk terus berkhidmat kepada semua termasuk penduduk di luar bandar.

“Ia diharap dapat memberikan pengalaman dan kemudahan lebih baik kepada peniaga dan penduduk di sekitar Sebuyau untuk menjalankan urusan perbankan dengan mudah, selamat dan cepat.

“Ini juga merupakan langkah untuk menambah baik kemudahan perbankan Bank Rakyat sedia ada di Sebuyau sekarang iaitu daripada ATM yang ditempatkan di Koperasi Keluarga Wan Morsidi Tuanku Sait (KOWADI) kepada kemudahan perbankan yang terangkum dan pelbagai,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Rakyat Xcess Dan Ar-Rahnu X’Change Sebuyau pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan hadiah khas kepada pelanggan pertama yang membuka Akaun Pelaburan-I di cawangan tersebut.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan asnaf Bank Rakyat kepada 100 penduduk Sebuyau, Geran Bantuan Peneraju Sektor Koperasi (PROSPEK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi Penduduk Daerah Asajaya Berhad, Program Jualan Koperasi Prihatin Rakyat (PEMULIH), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sumbangan Prihatin Institut Koperasi Malaysia serta Geran Pembangunan Usahawan di bawah Program TUBE@Penjana, SME Corp.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Bank Rakyat mempunyai 14 Cawangan di Sarawak iaitu di Bintulu, Kapit, Kota Padawan, Kota Samarahan, Limbang, Matang Jaya, Miri, Mukah, Permy Jaya, Sarikei, Satok, Sibu, Simpang Tiga dan Sri Aman. Selain itu, dua buah lagi cawangan Rakyat Xcess dan ArRahnu X’Change terletak di Betong dan Lundu.

Pada masa yang sama, Bank Rakyat juga mempunyai Ar-Rahnu X’Change di Satok dan Rakyat Xcess di Serian.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan