Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak Fokus Pembangunan Luar Bandar, Utamakan Jaringan Jalan Raya

KAPIT, 9 OGOS: Kerajaan Sarawak akan memberi penekanan kepada pembinaan jaringan jalan raya di kawasan luar bandar dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, ia adalah asas kepada pembangunan infrastruktur terutamanya di luar bandar.

“Dalam RMK-12, kita akan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur dan ini memerlukan semua kampung, rumah panjang dan penempatan perlu dihubungi dengan jalan raya,” katanya ketika ditemui selepas sesi bersama komuniti di Kapit pada Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu menambah, Kapit kini telah dihubungkan setelah jalan dari Sibu dibina.

“Jika dulu Kapit adalah sebuah pulau di Borneo dan tidak dapat dihubungi melalui jalan darat.

“Tetapi kini Kapit dapat dihubungi dengan pembinaan jalan dari Sibu ke Kanowit dan seterusnya ke Song sebelum berakhir di Kapit,” jelasnya.

Beliau menambah, jalan tersebut telah menjadi pemangkin kepada pembangunan di Kapit.

Selain itu, katanya jaringan telekomunikasi di kawasan itu akan turut dinaik taraf bagi memudahkan penduduk menikmati akses internet dengan lebih mudah.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang berjumlah RM 1,370,500 bagi Fasa 2/2021 kepada 87 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan dan Biro Wanita bagi kawasan DUN Baleh.

EDISI UKAS

Tags: #bm, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan