Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nancy Shukri bercakap dalam sidang media selepas hadiri Program Kerjasama Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Kecekapan Projek Konsortium di sini hari ini. Foto, TVS.

Keluarga kanak – kanak perempuan Orang Asli mangsa bunuh diberi bantuan kaunseling – Nancy

ByAsmah Adenan

KUCHING, 27 Ogos: Keluarga kanak-kanak perempuan Nuraina Humaira Rosli yang ditemui mati dibunuh di Sungai Siput, Perak pada 16 Ogos lalu akan diberi bantuan kaunseling.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini keluarga mangsa perlu diberi ruang dan tempoh bertenang.

“Kita perlu menghormati kehendak keluarga mangsa (dan memahami apa yang) menimpa anaknya, sudah pasti buat masa ini mereka belum bersedia untuk berdepan dengan orang ramai,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Tandatangan Nota Kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) dan Kecekapan Projek Konsortium di sini, hari ini.

Hari ini, seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan Orang Asli itu yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan lembam.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Nuraina Humaira Rosli di kawasan paya Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, Lasa  antara 2.30 petang hingga 5 petang, 16 Ogos lalu.

Sebelum ini media melaporkan mayat murid tahun empat dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kes itu pada mulanya diklasifikasikan mati mengejut (SDR) namun diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Katanya, ia susulan keputusan hasil bedah siasat yang mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan