PUTRAJAYA, 8 Ogos -- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan pengumuman khas mengenai kemudahan bagi individu yang telah lengkap vaksinasi hari ini.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, Aug 8 -- Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin while delivering a special announcement regarding the benefits for individuals who are fully vaccinated today. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Keputusan beri kelonggaran dibuat dengan hati-hati

ByBernama

KUALA LUMPUR: Keputusan memberi kemudahan kepada individu yang menerima dua dos vaksinasi lengkap dibuat dengan sangat berhati-hati, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata ia adalah selaras dengan data yang dikumpul di dalam negara tentang keberkesanan vaksinasi lengkap serta prinsip sains dan kesihatan awam yang diguna pakai di seluruh dunia.

“Keputusan pemberian kemudahan ini semestinya akan memberi risiko peningkatan bilangan kes harian.

Namun, kerajaan juga tidak boleh memandang ringan manfaat setelah divaksin lengkap dan juga peranan kemudahan-kemudahan ini terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat serta aktiviti ekonomi negara,” katanya dalam pengumuman khas mengenai kelonggaran kemudahan itu hari ini.

Beliau berkata penerima vaksin lengkap dapat mengukuhkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan virus COVID-19 dan melindungi diri daripada mendapat gejala jangkitan yang lebih teruk, serta mampu mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes positif COVID-19 sebanyak 50 peratus.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan