Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengakui tempo permainan anak buahnya terganggu selepas tonggak tengah Alexander Agyarkwa dikeluarkan, pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Foto Selangor FC (FB)

Nidzam akui Selangor tempang lepas Alexander Agyarkwa keluar padang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Jurulatih Selangor FC Nidzam Jamil mengakui tempo permainan anak buahnya terganggu selepas tonggak tengah Alexander Agyarkwa dikeluarkan, pada aksi final Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Beliau berkata Agyarkwa merupakan ‘senjata’ bagi skuad Gergasi Merah untuk mengawal tekanan yang diberikan pasukan JDT, namun prestasi anak buah kendaliannya kelihatan semakin terganggu selepas ketiadaan pemain berusia 25 tahun itu.

“Ya memberi kesan (selepas ketiadaan Agyarkwa), kita nak jadikan Alex sebagai senjata untuk keluarkan kita daripada tekanan pertama diberikan pasukan lawan, tapi dia tak dapat menghabiskan perlawanan,” katanya pada pemberita pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Selangor manamatkan babak pertama perlawanan 0-2, Nidzam kemudian mengeluarkan Agyarkwa pada separuh masa kedua sebelum JDT menambah luka membenam Gergasi Merah dengan empat lagi jaringan.

Dalam pada itu, jurulatih berusia 44 tahun itu berkata mahu bertanggungjawab dengan kekalahan yang disifatkan mengecewakan dilalui pasukannya itu.

Nidzam berkata beliau akan memastikan Selangor akan terus layak ke final bagi mana-mana kejohanan akan datang, dalam usaha memastikan pasukannya itu berada di kedudukan terbaik dalam kancah Liga Malaysia.

“Berlawanan dengan pasukan yang matang (JDT) yang bermain perlawanan akhir setiap tahun sejak 10 tahun, kita tidak boleh ada kesilapan kecil, dan tak boleh pergi final dengan dengan satu fikiran yang hanya ingin mencuba.

“Kerana sebaik kita ada kesilapan sikit, mereka akan ketahui, jadi untuk berada sebaik pasukan mereka atau keluar daripada zon sekarang, Saya fikir kita kena selalu ada dalam final,” katanya.

Semalam, skuad Gergasi Merah dibelasah Harimau Selatan 1-6 menerusi jaringan hatrik Juan Muniz, Arif Aiman Mohd Hanafi, Bergson Da Silva dan Heberty Fernandes manakala gol tunggal Selangor dijaringkan Alvin Fortes.

Ini merupakan kejayaan kedua JDT musim ini selepas turut dinobatkan sebagai juara perlawanan Sumbangsih pada Mei.

Kekalahan itu menyaksikan kemarau kejuaraan Selangor berterusan selepas kali terakhir menikmati kejayaan dengan memenangi Piala Malaysia pada 2015.

Kali terakhir Selangor menjuarai Piala FA ialah tahun 2009 selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan penalti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan