Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kes baharu COVID-19 sedikit menurun ke angka 19,257

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Kes baharu positif COVID-19 hari ini sedikit menurun dengan 19,257 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan angka melebihi 20,000.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini mencecah 1,243,852. 

Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 7,084 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,450 kes, Kedah (1,514), Sabah (1,255), Johor (1,182) dan Pulau Pinang (959). 

Sementara itu, Kelantan merekodkan 930 kes, Negeri Sembilan dengan 884 kes, Perak (774), Pahang (714), Sarawak (573), Terengganu (425), Melaka (414), Putrajaya (56), Perlis (41) dan Labuan (dua).

Semalam, Malaysia merekodkan 20,889 kes baharu jangkitan COVID-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas manakala  20,596 kes dilaporkan hari sebelumnya.

— BERNAMA

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan