Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taufan kuat dijangka menghampiri bahagian barat dan timur Jepun dari Selasa hingga Rabu, dengan pengendali kereta api laju shinkansen memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan perkhidmatan di banyak kawasan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor Agensi Berita Kyodo. Foto hiasan Envato

Taufan Shanshan dijangka landa Jepun pada 27 Ogos

ByBernama

TOKYO, 24 Ogos: Taufan kuat dijangka menghampiri bahagian barat dan timur Jepun dari Selasa hingga Rabu, dengan pengendali kereta api laju shinkansen memberi amaran mengenai kemungkinan gangguan perkhidmatan di banyak kawasan sebagai langkah berjaga-jaga, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Shanshan dijangka bergerak ke utara menuju ke pantai Pasifik Jepun dengan kekuatan anginnya semakin meningkat akibat suhu laut yang tinggi, walaupun laluannya masih sukar untuk diramalkan.

Setakat 9 pagi Sabtu, taufan itu berada di sekitar Kepulauan Ogasawara, selatan Tokyo dan sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan 25 kilometer sejam.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai kilat, angin kencang, hujan batu dan hujan lebat sepanjang hujung minggu sebelum ketibaan ribut tropika berkenaan.

Hujan lebat kerap melanda Tokyo dan kawasan sekitarnya kebelakangan ini, menyebabkan banjir dan menjejaskan perkhidmatan kereta api.

Menurut pengendali, apabila taufan itu tiba, perkhidmatan kereta api laju Shinkansen Tokaido, Sanyo, Joetsu dan Hokuriku mungkin dibatalkan atau digantung di sebahagian atau keseluruhan laluannya pada Selasa dan Rabu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan