Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Pasukan Bola Keranjang Negeri Selangor, Lim Kim Leong merakam gambar kenangan bersama Pasukan Bola Keranjang Selangor 3 On 3 di Dewan Tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Selangor sapu bersih semua pingat emas bola keranjang

ByTVS

KUCHING, 24 Ogos: Pasukan bola keranjang 3 on 3 Selangor bagi kategori lelaki dan wanita berjaya menghadiahkan dua lagi pingat emas pada hari terakhir acara berkenaan.

Ini menjadikan pingat emas acara bola keranjang bagi semua kategori pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 disapu bersih oleh pasukan kontinjen Selangor.

Pengurus Pasukan Bola Keranjang Negeri Selangor, Lim Kim Leong berkata, pencapaian pada kali ini merupakan satu sejarah prestasi yang terbaik bagi mereka dan akan menjadi kenangan bagi yang berharga.

“Pencapaian Selangor kali ini boleh dikatakan sejarah dalam rekod prestasi negeri Selangor dan sebelum ini memang kita pernah mendapat johan dalam Sukma tetapi kali ini kita dapat mencapai prestasi memperolehi keempat-empat pingat emas.

“Dalam kategori bola keranjang ini memang satu sejarah lah bagi kami semua satu sejarah sebagai kenangan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas perlawanan akhir bola keranjang 3 on 3 lelaki di Dewan Tertutup Majlis Bandaran Kuching Selatan di Kuching Pada Jumaat.

Tambahnya, kejayaan yang diraih mereka ini merupakan satu usaha kerja sepasukan dimana semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk saling membantu dan menyokong segala yang diusahakan.

Jelasnya, selama dua tahun persiapan telah dilakukan untuk membawa pasukan bola keranjang negeri Selangor meraih kejayaan ini dan dengan kerjasama tersebut mereka mampu meraih apa yang dicapai pada hari ini.

“Kali ini kita mencapai kecemerlangan ini yang adalah kerja sepasukan daripada Majlis Negeri Selangor bagi sokongan yang begitu hebat bagi Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor dan juga pemain-pemain bola keranjang negeri Selangor.

“Kami mengambil masa selama dua tahun untuk mengikuti SUKMA kali ini jadi segala kejayaan bukan satu kesenangan tapi satu usaha satu pasukan dan juga usaha semua pihak barulah negeri Selangor mencapai kejayaan ini,” jelasnya.

Pasukan bola keranjang Selangor berjaya memenangi kesemua pingat emas yang ditawarkan dalam acara sukan ini melibatkan kategori bola keranjang 5 on 5 lelaki dan wanita serta bola keranjang 3 on 3 lelaki dan wanita.

Pada hari terakhir pertandingan bola keranjang bagi kategori 3 on 3 lelaki kontinjen  Selangor berjaya menewaskan Johor untuk memenangi pingat emas dengan skor 21-8 dengan perlawanan berbaki lebih dari dua minit.

Pasukan bola keranjang 3 on 3 wanita Selangor turut berjaya menewaskan Johor dengan skor 21-11 dengan perlawanan berbaki lebih dari satu minit lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan