KUHCING, 23 Ogos: Beregu wanita ping pong Wilayah Persekutuan sekali lagi menuai emas selepas menewaskan Pualau Pinang 3-2 pada Jumaat.
Perlawanan penuh debaran itu menyaksikan pulau mutiara terpaksa akur meraih pingat gangsa sementara gangsa milik satu lagi pasukan dari Wilayah Persekutuan yang berjaya mengalahkan Sarawak 3-0.
Jurulatih pasukan ping pong Wilayah Persekutuan, Ashraf Haiqal berpuas hati dengan prestasi pemain beregu wanita dan memuji aksi mereka.
“Walaupun semasa perlawanan di pusingan akhir, mereka berasa gementar pada satu ketika tetapi pada akhirnya, mereka berjaya menyesuaikan rasa gugup dan memperoleh pingat emas,” katanya.
Sementara itu, pemain beregu wanita berkenaan, Im Li Ying dan Lim Jing Shuen turut berkongsi bahawa penyertaan mereka pada SUKMA kali ini merupakan pertama dan juga kali terakhir.
Mereka meluah perasaan puas hati atas prestasi masing-masing meskipun dalam set akhir, skor Pulau Pinang semakin menghampiri tetapi mereka berjaya melaraskan mentaliti dan akhirnya menang perlawanan. – TVS