Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penantian 10 tahun berakhir selepas pasukan Sarawak berjaya menewaskan Selangor dalam perlawanan akhir bola tampar dewan hari ini. Foto TVS

SUKMA: Skuad bola tampar wanita Sarawak tamatkan kemarau 10 tahun kilauan emas

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 22 Ogos: Skuad bola tampar wanita Sarawak menamatkan penantian selama 10 tahun bagi setelah meraih pingat emas dalam acara tersebut apabila menewaskan Selangor 3-1 dalam perlawanan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 hari ini.

Penolong Jurulatih Bola Tampar Wanita Sarawak Angela Tang berkata kelebihan buat pasukan apabila bermain di laman sendiri dengan sorakan penyokong yang menjadi pembakar semangat mereka.

“Penantian selama 10 tahun untuk mendapatkan emas ini akhirnya tamat. Pada 2013, saya sebagai pemain dan sekarang saya sebagai salah seorang jurulatih.

“Kemenangan ini untuk semua,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Dewan Bola Tampar Rejang Park di sini.

Mengulas mengenai perlawanan tersebut, Angela menjelaskan pemain selesa selepas mendahului pada set pertama dan kedua menyebabkan pasukan lawan berjaya mengutip mata pada set ketiga.

“Mereka terlalu selesa dan seronok untuk menang kerana set ketiga adalah set penentuan kemenangan.

“Tetapi saya ingatkan mereka jangan leka dan akhirnya mereka bangkit mengutip mata kemenangan pada set keempat,” ujarnya lanjut.

Sementara itu kapten pasukan, Moh Sheau Jun, tidak mampu mengungkapkan kegembiraan dengan kata-kata dan menangis sebak dengan kemenangan tersebut.

“Kami bangga dengan kemenangan ini kerana setiap kali bermain di tempat orang, kami tidak mempunyai penyokong seperti ini.

“Kami sepasukan berterima kasih kepada para penyokong, barisan jurulatih dan rakan-rakan kami.

“Dalam masa sama kami juga bersyukur kerana dapat beraksi di Sibu, Sarawak untuk SUKMA edisi kali ini, dan kami dapat menang emas,” jelasnya.

Skuad bimbingan jurulatih Thailand, Sanong Kulchim itu menundukkan Selangor 25-15, 25-16, 21-25, 25-18.

Kemenangan itu sekali gus menambah koleksi emas buat kontinjen tuan rumah yang kini kukuh mempertahan kedudukan di tangga teratas.

Bagi perlawanan akhir lelaki, Selangor akan bertemu Wilayah Persekutuan petang ini dan penyampaian pingat akan dilakukan sejurus selepas itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan