Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Maghribi melaporkan kes pertama mpox di bandar selatan Marrakech. Foto hiasan Envato

Thailand sahkan kes mpox clade 1b

ByBernama

BANGKOK, 23 Ogos: Jabatan Kawalan Penyakit Thailand pada Khamis mengesahkan bahawa kes mpox yang dilaporkan minggu ini adalah strain clade 1b virus itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Thongchai Keeratihuttayakorn, mendedahkan keputusan makmal Jabatan Sains Perubatan mengesahkan kehadiran strain clade 1b mpox pada pesakit Eropah berusia 66 tahun.

“Ini adalah pesakit pertama di Thailand. Mulai sekarang, keputusan itu perlu dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut piawaian IHR,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Semalam, jabatan itu melaporkan bahawa pesakit Eropah itu disahkan menghidap mpox selepas dia melakukan perjalanan dari sebuah negara Afrika yang terdapat wabak mpox, dan kemudiannya transit di negara Timur Tengah sebelum tiba di Thailand pada 14 Ogos pada 6 petang.

Pesakit mengalami demam dan mendapati lesi kulit pada 15 Ogos, menyebabkannya mendapatkan rawatan perubatan, dengan ujian seterusnya mengenal pasti mpox sebagai puncanya.

Dr Thongchai berkata daripada 43 kontak rapat pesakit berkenaan, tiada yang menunjukkan sebarang gejala setakat ini.

“Jabatan Kawalan Penyakit akan terus memantau dan membuat susulan simptom sehingga 21 hari,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan