Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Clarkson Evans Tom Frankie berjaya meraih pingat emas acara tinju SUKMA 2024 dengan menewaskan Thanasekaran Rajendran. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: ‘Tak sangka julang kemenangan’

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 23 Ogos: Seakan-akan tidak percaya atas kemenangannya, Clarkson Evans Tom Frankie yang memenangi pingat emas acara tinju malam tadi berbangga dengan pencapaiannya dalam kategori 48kg, Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Berjaya menumpaskan pencabarnya dari Pulau Pinang, Thanasekaran Rajendran, dia sukar mempercayai kerana dua pencabarnya pada peringkat akhir dan separuh akhir merupakan pesaing terkuatnya.

Sebelum ini, dia menewaskan Muhammad Mukhriz Khan Muzafar Khan dari Pulau Pinang pada saingan suku akhir dan Aelfred Eter Tohiron dari Sabah pada saingan separuh akhir.

Walaupun bukanlah menjadi prospek emas buat Sarawak, namun dia berpuas hati kerana berjaya membuktikan bahawa bukan prospek emas juga boleh menyumbangkan pingat emas.

“Saya amat bangga kerana dapatkan buktikan kepada jurulatih saya dan apabila lihat mereka senyum (melihat kemenangan saya), saya amat-amat bersyukur.

“Bukan itu sahaja, saya juga dapat banggakan ibu bapa saya serta semua yang menyokong saya secara langsung atau tidak langsung dan saya masih lagi tidak sangka kerana berjaya sampai ke tahap ini dari kosong hingga menjulang kemenangan,” katanya kepada TVS ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, malam tadi.

Dengan kemenangan ini, Tom mahu mengekalkan momentum itu yang dilihat menjadi pembakar semangat untuk bersaing pada SUKMA 2026 di Selangor kelak.

Hasil kemenangan itu dengan insentif Kerajaan Sarawak yang diberikan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas iaitu sebanyak RM15,000, Tom mahu membawa keluarganya melancong. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan