Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ARAS Fokus Selesaikan Isu Kutipan Royalti Karya Tempatan

ByFebbright James

KUCHING: Demi menjamin kebajikan penggiat seni tempatan, Persatuan Armada Anak Seni Sarawak  (ARAS) akan memastikan penggiat seni tempatan di Sarawak menerima bayaran royalti untuk setiap karya mereka.

Timbalan Pengerusi ARAS, Dr Alim Impira berkata langkah tersebut bagi menjamin kebajikan anak seni tempatan, terutamanya mereka yang menghasilkan lagu-lagu etnik di Sarawak.

Menurutnya lagi, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan bayaran royalti dalam kalangan penggiat seni di Sarawak, ARAS telah menubuhkan sebuah badan perlesenan, iaitu Music Right Sarawak Bhd (MRSB).

“ARAS telah menubuhkan satu badan perlesenan yang dinamakan Muzik Right Sarawak Berhad uuntuk mengutip royalti bagi lagu-lagu etnik tempatan. Maksudnya, lagu Melayu Sarawak, Iban, Bidayuh, Cina, Melanau, Kayan, Kenyah dan sebagainya. MRSB akan mengutip royalti  ke atas lagu-lagu tempatan yang dimainkan di khalayak ramai,” katanya.

MRSB telah mengemukakan permohonan untuk menjadi badan perlesenan kepada MyIPO pada 23 Disember 2020, dan ia masih menunggu keputusan daripada pihak MyIPO berkaitan permohonan tersebut.

Pada 15 Jun 2021, MRSB dan Music Rights Sabah (MRS) telah menyertai webinar anjuran Wisdom Foundation Sabah bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, dan Pengerusi MyIPO, Datuk Mohamad Bin Hj Alamin.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan