Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba ambil langkah waspada, sarungkan PPE ketika operasi

ByNur Suhaida Muliyono

TATAU, 6 OGOS: Pasukan Bomba dan Penyelamat kini berpakaian kelengkapan pelindung diri (PPE), susulan operasi carilamat di Serian yang mendapati mangsa positif Covid-19.

Justeru, sebagai usaha pencegahan di samping melindungi anggota pasukan daripada wabak Covid-19, pihak bomba mengambil langkah waspada mempersiapkan para anggotanya semasa menjalankan operasi menyelamat.

Dalam satu insiden menyelamat warga emas yang pengsan dalam kebun sawit pada Jumaat, pasukan bomba dilihat mengenakan PPE.

Sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau pada pagi tadi, bertindak menyelamatkan seorang warga emas yang dilaporkan pengsan dalam kebun sawit di Jalan Au Yong KTS Sangan – Tatau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata menurut anak mangsa, bapanya, Lawai Anggang yang berusia 67 tahun itu mempunyai sejarah sering kali jatuh pengsan.

“Mangsa ketika ditemui berada dalam keadaan sedar namun tidak bermaya,” jelasnya.

Pihak bomba kemudiannya menyerahkan mangsa kepada petugas kesihatan untuk tindakan susulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan