Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Jurulatih Badminton Selangor, Slamet Widiyanto. Foto TVS

Badminton SUKMA: Selangor rangkul emas acara berpasukan campuran

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 20 Ogos: Selangor menjuarai acara badminton berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas menewaskan Wilayah Persekutuan (WP) dengan keputusan 3-1.

Perseorangan wanita Selangor, K. Letshanaa meletakkan pasukannya di hadapan apabila mudah menewaskan Lee Kay Xin dengan keputusan 21-8 dan 21-6.

WP menyamakan kedudukan apabila perseorangan lelakinya, Justin Hoh mencatatkan kemenangan 12-21, 21-7 dan 21-6 ke atas Kim Sheng Chua.

Aksi beregu campuran menyaksikan Wong Vin Sean – Ho Lo Ee kembali menyalakan harapan Selangor apabila menang 21-14 dan 21-7 ke atas Low Han Chean-Odelia Wong.

Beregu wanita Loh Zhi Wei dan Siti Nurshuhaini Azman memastikan pingat emas milik Selangor apabila memenangi pertarungan tiga set 19-21, 21-15 dan 21-7 bertemu Amanda Hwa dan Ong Xin Yee.

Ketua jurulatih Selangor, Slamet Widiyanto berkata kemenangan itu sudah dijangka dan beliau gembira kerana strategi diatur berhasil.

“(Sebenarnya) dalam perseorangan lelaki, kita ramalkan akan menang (namun sebaliknya berlaku).

“Kita juga berpeluang menang dalam beregu campuran, beregu wanita dan perseorangan wanita dan berjaya,” katanya kepada media selepas majlis penyampaian pingat di Stadium Tertutup Sibu hari ini.

Jurulatih yang berasal dari Indonesia itu juga melaungkan keyakinan Selangor mampu mempertahankan emas perseorangan wanita yang dimenangi mereka pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

“Kita sasarkan tiga emas, sudah dapat satu dan berharap dapat menang menerusi beregu lelaki dan perseorangan wanita,” jelasnya.

Sementara itu pemain perseorangan wanita Selangor, K. Letshanaa yang menyambut hari jadinya yang ke-21 semalam berkata, kemenangan hari ini merupakan hadiah paling bermakna.

“Sebenarnya agak istimewa kerana ini juga merupakan penyertaan terakhir saya dalam SUKMA dan menang emas.

“Satu detik yang tidak dapat dilupakan memandangkan semalam merupakan hari jadi saya dan saya raikan di SUKMA Sarawak,” ujarnya.

Mengenai perancangan selepas SUKMA,  Letshanaa memberitahu dia akan fokus kepada kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini.

“Antaranya Saya mahu layak ke Sukan Olimpik 2028. Kita perlu mula membuat persiapan bermula sekarang.

“Itu adalah perancangan kita mulai sekarang, fokus kepada acara antarabangsa dan mengkaji kesilapan (dalam permainan) dan belajar daripada itu,” katanya lagi.

 

Pemain perseorangan wanita Selangor, K. Letshanaa. Foto TVS

Pulau Pinang pula membawa pulang pingat gangsa dalam acara berpasukan campuran badminton. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan