Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin pada Pelancaran Festival OHMYDIN! di Mydin Mall Subang pada Selasa. Foto TVS

MYDIN tawar penjimatan RM6.7 juta melalui Festival OHMYDIN!

SUBANG JAYA, 21 Ogos: Mydin Mohamed Holdings Berhad MYDIN menerusi kempen Festival OHMYDIN! sempena ulang tahun yang ke-67 menawarkan penjimatan dan ganjaran keseluruhan bernilai RM6.7 juta.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira (Dr) Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif ini adalah untuk meringankan beban rakyat dengan menawarkan harga-harga yang sangat berpatutan dan dalam pada masa yang sama menggalakkan pembeli menikmati ganjaran yang disediakan.

“Bila kita tengok harga-harga dipaparkan tadi, memang harga yang tidak masuk akal orang kata, tapi tidak apalah setahun sekali kita buat untuk dua tiga bulan ini, orang kata kita bagi balik kepada rakyat. Macam saya katakan tadi, dia ada banyak cara untuk kita berniaga. Yang pertama, kita berniaga cara kita nak untung banyak.

“Tidak salah untuk orang nak untung tapi kalau kita kurangkan keuntungan kita dan kita bagi balik kepada rakyat daripada promosi ke tapi bukan sahaja promosi, tapi kita Mydin hari-hari harga borong, hari-hari harga murah. Saya rasa ini penting, yang mana kita buat harga sepatutnya setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Sempena Pelancaran Festival OHMYDIN! di Mydin Mall Subang pada Selasa.

Kempen yang turut mendapat kerjasama 55 rakan kerjasama strategik termasuk MYDIN PayFlex yang dikuasakan oleh Boost Kredit, OPPO, Adabi, F&N, Puteri, Unilever dan Wipro Unza ini bertujuan menghargai pelanggan setia dengan pelbagai promosi dan peraduan hebat.

Menariknya kali ini, program “Fun Run Festival OHMYDIN!” turut dianjurkan di empat lokasi cawangan MYDIN iaitu Subang Jaya Selangor pada 24 Ogos, MITC, Melaka pada 21 September, Tunjong, Kelantan pada 19 Oktober dan Petra Jaya, Sarawak pada 9 November 2024 bagi memupuk budaya sihat di samping menyemarakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Tambah beliau, bagi larian “Fun Run Festival OHMYDIN! di Petra Jaya, Sarawak akan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 9 November 2024.

‘Saya diberitahu Insya-Allah Premier akan datang. Saya rasa itu sangat baik kita adakan di Petra Jaya, satu Mydin di Wisma Tunku yang sangat besar betul-betul dekat Petra Jaya dan kita diberitahu dia akan datang. Buat masa sekarang ‘he say yes’ tapi kita tunggulah,” ujarnya.

Setiap pendaftaran program Fun Run tersebut, sejumlah RM5 akan disalurkan ke program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bagi disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik. Peserta Fun Run sejauh 6.7 km itu juga berpeluang menikmati cabutan bertuah peranti Oppo, baucer tunai dan hamper.

Program “Jom Durian” turut akan dianjurkan di MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 7 September dan MYDIN Pelangi Indah, Johor pada 5 Oktober 2024 bagi memberi peluang orang ramai menikmati sedulang durian pada hanya serendah RM100.

Sepanjang kempen berlangsung, MYDIN turut menawarkan promosi Hari-Hari MYDIN Murah, Beli Bijak Beli Borong, Belian dengan Belian PWP Happy Hour dan pelbagai lagi bagi menawarkan penjimatan hebat kepada pelanggan khususnya kepada pemilik kad kesetiaan Meriah. Promosi tersebut juga boleh didapati di TikTok Shop @MYDIN.

Di samping itu, pengguna aplikasi pembayaran terlibat seperti Atome, MCash, Moby Islamic dan SpayLater berpeluang menerima pulangan tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM67,000 apabila berbelanja menggunakan aplikasi tersebut dalam satu transaksi mana-mana cawangan MYDIN.

Selain itu, empat jenama, iaitu Adabi, Carrie Junior, Puteri, dan Lifebuoy, turut mengadakan permainan dalam aplikasi MYDINPay yang dikuasakan oleh CashOut, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM103,500. Pendaftaran baharu aplikasi MYDIN PayFlex berpeluang menerima RM15 kredit tunai dan layak menerima promosi belian dengan Belian Borong PWP.

Orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kempen Festival OHMYDIN! yang berlangsung sehingga 11 November 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan