Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin semasa menyampaikan bantuan kebajikan mangsa-mangsa kebakaran di Miri, hari ini. Foto TVS

Mangsa kebakaran Kampung Pujut Tanjung Batu terima bantuan kebajikan

MIRI, 20 Ogos: Empat keluarga mangsa kebakaran yang berlaku di Kampung Pujut Tanjung Batu pada Jun lepas telah menerima bantuan kebajikan berbentuk kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Miri dalam menghulurkan bantuan tersebut.

“Semasa kebakaran, saya telah menghantar pasukan khidmat saya dari DUN Senadin untuk datang dan mendapat segala maklumat berhubung mangsa kebakaran. Mereka telah pun mengatur untuk memberi bantuan kepada mangsa dan menghubungi agensi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di Dewan Serbaguna Kampung Pujut Tanjung Batu di sini, hari ini.

Kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah sewa empat pintu.

Kim Shin turut memberi penghargaan kepada pihak pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bersama-sama mengambil butiran mangsa bagi memberi bantuan.

Empat keluarga itu menerima bantuan kebajikan berbentuk wang tunai berjumlah berjumlah RM12,700.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan