Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rokok, minuman keras, mercun bernilai RM1.2 juta dirampas Polis Marin

ByNur Suhaida Muliyono

LIMBANG, 6 OGOS: Taktik menggunakan rumah burung untuk menyimpan rokok, minuman keras dan mercun yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta akhirnya terbongkar selepas lokasi tersebut diserbu sepasukan polis marin baru-baru ini.

Menurut Komander PPM Wilayah 5 Sarawak, ACP Zulfikar Mohd Ghazali, rumah burung yang tidak bernombor di Kilometer 7, Jalan Kubong, Limbang telah menjadi tempat penyimpanan kesemua rampasan

Menurut Zulfikar, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak telah merampas rokok, minuman keras dan mercun tersebut pada jam 5.30 petang Khamis.

“Kami telah merampas 153 kotak atau 1,160 katon rokok pelbagai jenama, 116 botol minuman keras pelbagai jenama dan 12 kotak mercun yang kesemuanya bernilai RM1,263,548,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun juga ditahan dalam serbuan berkenaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Zulfikar mendedahkan satu lagi serbuan telah dilakukan Unit Risik Marin ke atas sebuah premis yang terletak di Jalan Perumahan Rakyat Fasa 1, Sri Aman.

Serbuan tersebut membawa kepada rampasan 702 katon minuman keras pelbagai jenama yang bernilai RM113,366.

“Seorang lelaki berusia 27 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis tersebut turut ditangkap selain merampas minuman keras itu untuk siasatan lanjut,” tegasnya.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan