Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita warga emas maut dalam kebakaran kedai di Limbang

LIMBANG, 6 Ogos — Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam satu kebakaran bangunan kedai di Jalan Kubong pada lebih kurang 2.31 pagi tadi.

Wong Ah Ping yang berusia dalam lingkungan 80-an dan dikatakan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda dipercayai terperangkap di dalam sebuah bilik manakala suami dan dua anak perempuannya selamat.

Menurut Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Clarence D. Primus Tiandun, keluarga serta jiran tidak dapat menyelamatkan mangsa kerana api sudah marak dan asap tebal.

“Tiga ahli keluarga mangsa yang melecur dalam kebakaran itu selamat dan dihantar ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Clarence berkata kebakaran itu memusnahkan keseluruhan bangunan, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sembilan anggota bomba dengan tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 km dari balai untuk memadam kebakaran itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis, kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan