Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet menembak Pahang Sayyeda Khadeeja Mohammad Anis Fadhli beraksi dalam acara 25m air pistol wanita pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Lapang Sasar Sarawak hari ini. Foto Bernama

Sayyeda Khadeeja kental bidik dua emas dalam ‘kesakitan’

ByBernama

KUCHING, 18 Ogos: Biarpun bergelut dengan kecederaan tendon bahagian bahu kanan, Sayyeda Khadeeja Mohammad Anis Fadhil tetap kental menamatkan saingan acara 25 meter (m) pistol individu dan berpasukan wanita di tangga pertama podium Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Sayyeda Khadeeja dari Pahang, mempamerkan semangat juang tinggi untuk membidik 16 mata dalam acara berlangsung di Lapang Sasar Sarawak di sini.

Penembak tuan rumah Leticia Jia Yi meraih pingat perak dengan 15 mata manakala seorang lagi wakil Pahang, Intan Nurirdina Faqihah Mohd Azhar membidik 14 mata untuk gangsa.

“Kesakitan ini sejak Mac lepas, koyak di tendon…walaupun dalam pemulihan, latihan masih diteruskan. Kecederaan ini tidak boleh nak kata disebabkan apa kerana sebagai atlet ia boleh datang bila-bila masa

“Tangan saya pada bidikan keempat dan lima ada sedikit menggeletar, jadi dalam situasi ini persediaan mental sangat penting, sokongan padu pasukan juga membantu saya mengetepikan kesakitan dan hanya mahu fokus menang,” katanya kepada Bernama.

Sayyeda Khadeeja yang berasal dari Kuala Lipis itu turut membantu rakan sepasukan Wan Nur Afiqah Wan Mohd Haneef dan Intan Nurirdina Faqihah Mohd Azhar menambah koleksi pingat emas dengan 1,665 mata dalam acara berpasukan.

Mereka menewaskan trio Terengganu terdiri daripada Wan Nur Anissa Wan Nazri, Nureen Aisya Azahari dan Tengku Putri Tengku Mohd Adam dengan bidikan 1,604 mata.

Pingat gangsa menjadi milik trio tuan rumah Leticia, Nur Izzaty Abdul Razi, Siti Nur Anniesa Mohd Danial Fikri dengan 1,574 mata.

Pahang mendominasi Lapang Sasar Sarawak dengan tujuh pingat emas, satu perak dan empat gangsa setakat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan