Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ATM atur gerak aset bantu kurangkan beban hospital dan pusat kuarantin

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengatur gerak anggota dan aset-asetnya, bagi membantu mengurangkan beban hospital dan pusat kuarantin berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, komitmen ATM serta kerjasama dengan pelbagai agensi lain juga diteruskan, bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dilindungi.

“ATM juga sentiasa bersiap-siaga dalam segala aspek dalam menjaga keselamatan negara daripada ancaman luar, terutama penguatkuasaan kawalan sempadan darat, laut dan udara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, selepas mengadakan perbincangan bersama Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, mengenai isu perairan negara dan peranan ATM dalam penubuhan hospital Medan.

Malaysia hari ini merekodkan 20,596 kes baharu jangkitan COVID-19, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas.

— BERNAMA

Tags: #bm, COVID-19

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan