Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Ripin Lamat bergambar bersama pihak media yang membuat liputan sepanjang SUKMA Ke-21 di Stadium Bandaraya Miri, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Pamer keunikan silat di persada dunia – Ripin

ByAkma Salleh

MIRI, 18 Ogos: Keunikan seni mempertahankan diri seperti pencak silat perlu ditonjolkan ke persada dunia, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Datuk Dr. Ripin Lamat.

Menurutnya, dengan penganjurannya pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 ini, ia dapat menjadi platform yang boleh mengetengahkan bakat dan kemahiran atlet kepada semua pihak.

“Terdapat 28 pingat emas untuk pencak silat dan kita harap pencak silat pada SUKMA akan menjadi platform kepada atlet muda dan pelapis supaya boleh pergi lebih jauh lagi di peringkat kebangsaan, Asia Tenggara dan antarabangsa.

“Jadi kepada para atlet dan kontinjen khasnya Sarawak ambil peluang ini untuk mengetengahkan bakat dan dalam masa sama mempromosi seni mempertahankan diri ke persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Majlis Perasmian Pencak Silat SUKMA XXI di Stadium Bandaraya Miri di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak, Dato Mohamad Yusnar Matalie.

Mengulas lanjut, Dr Ripin berkata, acara ini juga dapat merapatkan hubungan perguruan silat yang datang dari negara jiran seperti Brunei Darussalam.

“Ini merupakan satu idea untuk mengeratkan perhubungan antara semua perguruan silat seluruh Malaysia dan harapan kita ialah dengan adanya penganjuran SUKMA di Sarawak ia akan memberi impak positif kepada semua atlet dan juga perguruan silat,” katanya lagi.

Sebanyak 15 pasukan akan menyertai pertandingan pencak silat yang diadakan di Stadium Bandaraya Miri, bermula hari ini sehingga 23 Ogos ini.

Terdahulu, upacara perasmian menyaksikan Perarakan Keris Adat yang diketuai oleh Guru Utama Perguruan Seni Silat JASRO merangkap Pengerusi Jemaah Guru Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri, Rawan Karti, diiringi Naib Presiden, Mohamed Ali Zainuddin dan Pengerusi Rumpun Silat Sarawak Wilayah Miri Ayahanda Guru Madon Sulong.

Sementara itu, upacara buka gelanggang di Arena 1 telah disempurnakan oleh Razak Mustapha dari Perguruan Seni Silat Selendang Maut, dan Kiprawi Yaman dari Perguruan Serampang 3.

Upacara buka gelanggang di Arena 2 pula disempurnakan oleh AminTerjuddin dari Perguruan Pusak ‘M’, dan Sarihat Yahya dari Perguruan Simpadih Segandam 12.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan