Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet gimnastik gimrama Wilayah Persekutuan memperagakan pingat emas yang dimenangi mereka selepas menjuarai acara all-around berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, hari ini. Foto Bernama

SUKMA: Wilayah Persekutuan sekali lagi sambar emas gimrama all-ground berpasukan

ByBernama

KUCHING, 17 Ogos: Skuad gimrama Wilayah Persekutuan menunjukkan taringnya dan terbukti berada di kelas tersendiri apabila sekali lagi menyambar pingat emas dalam acara all-around berpasukan untuk dua edisi Sukan Malaysia (SUKMA) berturut-berturut.

Pasukan Wilayah Persekutuan mendominasi Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada hari pertama perlawanan SUKMA 2024 dengan mengumpul 252.35 mata menerusi empat apparatus gelung, bola, belantan dan riben.

Pengurus pasukan Wilayah Persekutuan Clarissa Lee berkata kemenangan itu menandakan latihan intensif atletnya di Negara Matahari Terbit selama dua minggu pada awal tahun ini berjaya membuahkan hasil.

“Kami menjalani latihan di Tokyo Women’s College of Physical Education dan jurulatih meneliti rutin serta memberikan cadangan perkara yang perlu diperbaiki.

“Latihan sebegitu amat membantu pasukan sebab mereka didedahkan dengan latihan luar negara dan mereka juga berpeluang berkongsi pengalaman ketika di Jepun dengan atlet di sini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Saingan hari ini menyaksikan empat atlet cilik Wilayah Persekutuan memperagakan aksi memukau melibatkan pemain kebangsaan Nur Zhafirah Wong Rudy Kurniawan, 14, serta Cassidy Jia Xin Tan, Rhea Dhaliwall dan Ru-Zanne Sui, masing-masing berusia 13 tahun.

Pingat perak menjadi milik Selangor diwakili Ebony Hui Ru Chai, Emily En Rui Low, Eryn Chang dan Lee Li Momoka Sam dengan 215.95 mata.

Gangsa pula dimenangi Angel Tan Yonn Yee, Dhaffatul Nurbaiti Harman, Shakira Eleina Shukri dan Nur Sumayyah Mohd Suhaimi dari Negeri Sembilan selepas memungut 196.35 mata keseluruhan.

Jumlah kutipan mata hari ini turut menentukan seramai lapan atlet mara ke pusingan akhir bagi acara apparatus individu berlangsung esok.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan