Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tinjauan TVS mendapati pengunjung mula memenuhi pekarangan stadium dan memasuki pintu stadium sekitar jam 6 petang ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

SUKMA: Pengunjung mula beratur seawal jam 3 petang saksi upacara perasmian

ByDouglas Elliot

KUCHING, 17 Ogos: Orang awam mula beratur seawal jam 3 petang tadi bagi menghadiri upacara perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Stadium Sarawak.

Tinjauan TVS mendapati pengunjung mula memenuhi pekarangan stadium dan memasuki pintu stadium sekitar jam 6 petang.

Beberapa laluan utama juga telah ditutup bermula jam 3 petang termasuk bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, lorong masuk ke tempat letak kenderaan belakang Stadium Negeri Sarawak serta jalan masuk menghala ke pintu A Stadium Sarawak serta penutupan sebelum simpang Kampung Stadium.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga meramalkan cuaca cerah dan baik, malam ini.

Upacara yang akan bermula pada jam 8.30 malam ini akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Seramai 40,000 pengunjung dijangka akan membanjiri Stadium Sarawak bagi upacara pembukaan rasmi SUKMA ke-21 Sarawak 2024.

Anda juga boleh saksikan siaran langsung upacara perasmian rasmi SUKMA ke-21 Sarawak di saluran 122 TVS jam 8.30 malam ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan