MIRI, 17 Ogos: Pahang berjaya menundukkan Sarawak, 16-10 menerusi acara sofbol wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau, pagi tadi.
Ketua jurulatihnya, Wan Mohammad Kamal Azman berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan para pemain meskipun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Kalau tengok pada perlawanan hari ini, saya rasakan pemain saya bermain dengan baik. Cuma ada beberapa kelemahan yang perlu kita perbaiki terutamanya dari segi pukulan. Dari segi memadang saya rasa tiada masalah.
“Insyallah untuk mara ke pusingan seterusnya, kita akan perbaiki dari segi batting,” katanya.
Dalam pada itu, beliau juga berharap agar para pemain meneruskan prestasi yang baik dan meningkatkan lagi semangat mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.
Pasukan Pahang berjaya memenangi dua perlawanan menentang Sabah dan Sarawak dalam kumpulan D – TVS