Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sepak takraw wanita Sarawak mampu mengukir senyuman bangga apabila berjaya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir menentang Sabah malam Jumaat. Foto Utusan Borneo

Sepak takraw: Skuad wanita Sarawak rangkul perak lepasi sasaran

BySteward Dawi

BINTULU, 17 Ogos: Skuad sepak takraw wanita Sarawak diakui cemerlang dengan melepasi sasaran awal persatuan apabila berjaya merangkul pingat perak berbanding pingat gangsa menerusi kategori berpasukan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak Dato Ismail Abang Saufi berkata, pihaknya dan para jurulatih sangat berpuas hati dengan pencapaian para pemain wanita berjuang sekali gus menggondol pingat perak untuk Sarawak.

“Dalam perancangan awal, kita memang tidak menyasarkan kategori berpasukan wanita ini mendapat pingat perak.

“Kami sebenarnya membuat sasaran untuk memburu pingat gangsa, tetapi akhirnya (mereka) berjaya merangkul pingat perak dan ini merupakan bonus untuk pasukan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas perlawanan di antara skuad Sarawak dan Sabah di Pusat Media, Stadium Muhibbah, Bintulu pada Jumaat.

Pengurus Pasukan Wanita, Nizam Wang menjelaskan, pemain sepak takraw wanita Sarawak kali ini mampu memperlihatkan prestasi yang amat memberansangkan semenjak Sarawak mengambil bahagian di dalam acara itu di dalam SUKMA.

“Selepas melalui empat perlawanan yang mencabar, terutamanya bertembung dengan skuad Sabah telah memberikan pengalaman yang luar biasa kepada pasukan kami,” jelasnya.

Nizam memberitahu, sepanjang perlawanan pemain-pemain wanita Sarawak cemerlang dalam menonjolkan kemahiran dan kerjasama secara berkumpulan walaupun terpaksa akur dengan kekalahan menentang Sumandak Sabah.

Untuk rekod, pasukan sepak takraw wanita Sabah berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada kem itu selepas mengalahkan Sarawak 3-0, dalam perlawanan akhir di Stadium Muhibbah, Bintulu malam Jumaat.

Sarawak yang tewas kepada Sabah dalam perlawanan akhir itu mendapat pingat perak, manakala Perak mendapat gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan