Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Terengganu bersorak kegembiraan selepas pemain berjersi 23, Syafiq Aiman Maharim menjaringkan gol kedua buat pasukan itu sekali gus menjadi gol yang menempatkan Terengganu ke suku akhir. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Bola sepak: Terengganu mara ke suku akhir, Sabah akui kekalahan

ByNur Suhaida Muliyono

SIBU, 16 Ogos: Skuad bola sepak lelaki Terengganu berjaya melayakkan diri ke suku akhir selepas mengalahkan Sabah 2-0 dalam aksi penentuan kumpulan B di Stadium Tun Zaidi petang tadi.

Ketua jurulatihnya, Subri Sulong berkata dua gol yang diperlukan bagi melayakkan diri ke suku akhir dijaringkan pada babak kedua.

“Strategi itu saya rasa sama sahaja dari perlawanan pertama sampai hari ini, sama. Cuma saya tengok semangat budak-budak ini membantu kita mencapai kemenangan hari ini,” katanya ketika ditemui media selepas tamat perlawanan, di sini.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan Sabah, Jelius Ating mengakui kekalahan yang dihadapi pasukan kendaliannya sememangnya mengecewakan, tetapi beliau berterima kasih kepada anak buahnya dengan aksi terbaik yang dipamerkan.

“Perlawanan hari ini bukan sahaja kami gagal mengekalkan momentum baik kami dalam perlawanan pertama, tetapi kami juga kecewa apabila kami terkeluar daripada persaingan seterusnya untuk ke peringkat suku akhir.

“Apa-apapun saya ucapkan tahniah kepada pasukan Terengganu kerana mereka bersungguh-sungguh dan bekerja keras, akhirnya mereka berhasil memenangi perlawanan hari ini dan layak ke peringkat seterusnya.

“Kepada pemain-pemain kami juga, saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka berusaha dan bekerja keras,” ujarnya.

Gol pertama dijaringkan Muhammad Iman Zaidi Sulong pada minit ke-71 diikuti gol kedua pada minit ke-79 oleh Syafiq Aiman Maharim.

Sementara itu aksi penentuan kumpulan A di Stadium Azman Hashim Sibujaya pula menyaksikan Kelantan membenam Selangor 2-0 hasil jaringan Mohd Asraf pada minit ke-14 dan minit ke-27.

Untuk rekod Sabah, Terengganu dan Johor diundi dalam kumpulan B manakala Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan dalam kumpulan A bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.

Bagi kumpulan B Johor dan Terengganu berjaya menempatkan diri ke suku akhir manakala Sabah akur tersungkur di tangan Terengganu 2-0 dalam aksi penentuan di Stadium Tun Zaidi Sibu hari ini.

Bagi kumpulan A Kelantan dan Negeri Sembilan berjaya menempah tiket ke suku akhir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan