Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

COVID-19 : 20,596 kes baharu, jumlah harian tertinggi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Malaysia merekodkan sebanyak 20,596 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di Twitternya, beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sudah mencecah 1,203,706.

Beliau berkata Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 8,549 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,163 kes, Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).

Sementara, Negeri Sembilan merekodkan 989 kes, Perak dengan 916 kes, Kelantan (772), Sarawak (759), Melaka (622), Terengganu (501), Pahang (426), Putrajaya (50) dan Labuan (15) manakala Perlis hanya empat kes.

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 19,819 kes baharu wabak itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan