Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Satu maut, satu lagi cedera dalam kemalangan jalanraya

ByLuqman Muhammad

SIBU, 5 OGOS: Seorang pemandu kereta maut manakala seorang lagi dilaporkan cedera apabila kereta yang dibawa mereka bertembung dalam satu kemalangan jalanraya yang berlaku di Jalan Salim di sini.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua buah kenderaan tiba dari arah bertentangan dan berlanggar di bahagian hadapan kereta.


Jelasnya, dalam kejadian jam 7.25 Khamis itu, kereta yang bergerak dari arah Salim menuju ke arah Pusat bandar Sibu, telah berlanggar dengan sebuah lagi kereta di bahagian hadapan sebelah kanan oleh sebuah ketika tiba di dijalan Salim berdekatan dengan Sibu Water Board, mengakibatkan salah seorang mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


Seorang lagi mangsa telah dikejarkan ke Rejang Medical Centre, Sibu untuk rawatan susulan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987,” kata Alexson.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan