Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Penjawat awam antara yang ditahan

ByFirdaus Ismail
Sebahagian individu yang ditahan polis kerana terlibat dalam parti liar di ibu negara awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR , 5 Ogos : Polis menahan 15 individu termasuk seorang penjawat awam yang menyertai parti liar di Jalan Ceylon Residences di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika serbuan pada  pukul 1 pagi, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada  sembilan wanita dan enam lelaki tempatan sedang leka berhibur.

Ujarnya, pemeriksaan di bilik yang dijadikan ‘mini disko’ itu, polis turut menemukan peralatan untuk menghisap dadah, lampu disko dan sistem audio.

“ Ujian air kencing yang dilakukan mendapati 11 orang yang terdiri daripada lapan perempuan dan tiga lelaki positif dadah,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua suspek yang berumur 17 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“ Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 17 (1) , Peraturan – Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan