Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPJ serbu syarikat pengendali aplikasi pengantara lesen tamat tempoh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu syarikat pengendali aplikasi pengantara di Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 7 Sept lepas kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara yang telah tamat tempoh. Foto: BERNAMA

Tempoh moratorium pembaharuan lesen tidak disambung

ByKhairil Zharif Affindie

PUTRAJAYA, 5 OGOS: Tempoh moratorium bagi pelanjutan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) tidak akan disambung selepas 30 September tahun ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan menjelaskan, aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh badan penguat kuasa jabatan tersebut dan polis diraja malaysia (PDRM) akan mula dilaksanakan di lapangan mulai 1 Oktober ini.

Justeru, orang ramai diingatkan agar memperbaharui lesen masing-masing yang tamat tempoh sebelum tarikh tersebut.

“Pemilik kenderaan yang tamat tempoh hendaklah memastikan kenderaan masing-masing memiliki perlindungan insurans sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan insurans jika diminta pihak berkuasa,”kata JPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai juga disaran membuat urusan secara atas talian iaitu melalui portal mySIKAP awam (public.jpj.gov.my) dan rakan strategikJPS iaitu myEG.

Sebarang urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian boleh dibuat di kaunter JPJ secara janji temu.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, pejabat Pos Malaysia akan memulakan urus niaga JPJ di lebih 650 cawangan seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan