Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pulau Pinang dan Melaka terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan. Foto UKAS

Pulau Pinang, Melaka berkongsi mata

BySteward Dawi

BINTULU, 12 Ogos: Pulau Pinang dan Melaka terpaksa berpuas hati berkongsi mata selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam saingan Kumpulan C acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Stadium Bintulu hari ini.

Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun gagal menembusi gawang pihak lawan.

Pulau Pinang hadir pada temasya kali selaku pemenang pingat perak pada SUKMA lepas.

Sementara itu, Pengurus Kedah yang juga bekas pemain kebangsaan Baddrol Bakhtiar berkata, pasukannya berazam untuk memenangi setiap perlawanan yang dilalui.

“Kalau melihat dari segi penginapan, tempat latihan dan kemudahan yang disediakan di Sarawak ini sangat terbaik,” katanya ketika ditemui media semasa perlawanan antara Pulau Pinang dan Melaka hari ini.

Menurutnya, pemain Kedah perlu menyesuaikan diri dengan padang di Stadium Bintulu dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

“Majlis Sukan Negeri Kedah menetapkan sasaran 24 pingat emas pada SUKMA kali ini,” ujarnya.

Kedah bakal menerima tentangan Melaka pada perlawanan yang berlangsung 14 Ogos ini pada jam 4 petang di Stadium Bintulu.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan