Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama Pasukan Anura dari Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) selaku Juara ICC MTCP 2024 di Kuching pada Isnin. Foto TVS

ICC MTCP 2024 ketengah kreativiti dan inovasi – Abdul Karim

KUCHING, 12 Ogos: Inovasi baharu dan kreativiti merupakan suntikan yang diperlukan dalam meningkatkan kualiti kerja, melonjakkan prestasi perkhidmatan dan secara automatiknya akan menambah keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Pembangunan Usahawan (MTCP) Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pelaksanaan dan penubuhan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) merupakan denyut nadi bagi sesebuah organisasi dalam membentuk warga kerjanya menjadi individu yang berinovasi dan mempunyai kreativiti tinggi, selari dengan perubahan dunia ke arah teknologi digital.

“Melalui aktiviti KIK yang digerakkan oleh kakitangan awam ini, saya mengharap kementerian dan agensi di bawah kementerian dapat memberi komitmen yang terbaik khususnya dalam menambahbaik cara kerja serta penyampaian perkhidmatan agensi ke tahap yang lebih cemerlang dan optimum dan juga penghasilan produk inovasi yang seiring dengan pembangunan sektor pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak,” katanya.

“Kita sasarkan sektor pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak sebagai contoh dan mungkin penanda aras di Malaysia dan seterusnya antara destinasi tarikan di dunia,” katanya lagi.

Belia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC) MTCP 2024 di Kuching pada Isnin.

Justeru, Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, percaya bahawa bakat-bakat kreatif dan inovatif yang dicungkil menerusi ICC MTCP ini, akan menyumbang ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan.

ICC MTCP 2024 yang berlangsung selama sehari itu disertai enam pasukan yang terdiri daripada agensi di bawah MTCP dan berlangsung di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen, Kuching.

Pada majlis yang sama, Karim turut menyampaikan hadiah berupa trofi, sijil penyertaan serta wang tunai kepada para pemenang.

Johan ICC MTCP 2024 dirangkul oleh Pasukan Anura dari Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), sementara naib johan disandang oleh Pasukan MUSEO dari Jabatan Muzium Sarawak dan tempat ketiga diraih oleh Pasukan Rainforest dari STB.

Hadir sama Timbalan Menteri MTCP, Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan