Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Penggunaan dron untuk tujuan mengedar dadah di dalam penjara dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan setakat Ogos tahun ini, sebanyak tujuh kes dilaporkan melibatkan penggunaan peralatan tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata kes yang dilaporkan itu membabitkan dua kes masing-masing di Kedah dan Melaka serta satu kes masing-masing di Perak, Kelantan dan Sarawak.

Beliau berkata dadah yang dirampas keseluruhannya seberat 632.88 gram melibatkan pelbagai  jenis bahan terlarang berkenaan antaranya ganja, syabu, pil yaba dan ketamin.

“Penggunaan dron untuk menyeludup dadah (ke dalam penjara) bukanlah kes baharu sebaliknya pernah dilaporkan berlaku di Johor pada 2020.

“Dalam kes itu seorang lelaki warga Singapura ditahan kerana kesalahan mengedar dadah menggunakan dron ke Singapura yang melibatkan rampasan dadah syabu (13.6g), pil ekstasi (11.83 g) dan heroin (2.5g),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pada 9 Ogos lepas, taktik licik pengedar cuba menyeludup dadah dengan menggunakan dron ke Penjara Tapah di sini gagal selepas peralatan itu ditemukan petugas penjara semasa membuat rondaan.

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilaporkan berkata petugas penjara menemukan beg digantung pada dron di atas bumbung blok banduan di penjara tersebut.

Menurutnya dalam beg tersebut terdapat satu plastik berisi tiga peket serbuk putih disyaki heroin seberat 122 gram dan dua peket plastik berisi ketulan kristal disyaki methamphetamine seberat 12.9 gram.

Khaw berkata pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas bagi menjalankan siasatan lanjut dan mengesan pelaku bagi kes tersebut.

Beliau berkata, pihaknya percaya sindiket menggunakan dron bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan siasatan akan dijalankan sekiranya terdapat penyalahgunaan teknologi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan