Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bengkel SDG yang diadakan di WormingUp, Jalan Padungan bersama dengan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib. Foto TVS

Inisiatif Edu-Plasticycle pupuk kesedaran SDG12

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 12 Ogos: Program Empowering Youths Across ASEAN, Edu-Plasticycle yang berlangsung sepanjang dua minggu di Kuching disertai 10 ahli Pertubuhan Belia ASEAN (AYO) dari lapan buah negara ASEAN.

Program tersebut menekankan aspek ke-12 objektif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab.

Antara program yang dihadiri peserta ialah bengkel SDG yang diadakan di WormingUp, Jalan Padungan bersama dengan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Menurut Pengarah Urusan FTA Group merangkap pengasas WormingUp, Jeff Wee, mendidik belia dengan ilmu serta kesedaran tentang penggunaan dan pengurusan bertanggungjawab adalah kritikal.

“Penglibatan secara langsung dalam inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak ke arah pembangunan yang mampan akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta.

“Apabila ini berlaku, usaha untuk memupuk kesedaran akan berlipat ganda kerana anak-anak ini akan menyampaikan idea ini kepada keluarga mereka di rumah dan rakan mereka di sekolah masing-masing,” katanya dalam satu temubual selepas lawatan kerja Timbalan Menteri Ekonomi di WormingUp baru-baru ini.

Tambah Jeff lagi, WormingUp mempromosi kaedah pelupusan sisa organik menggunakan teknologi serangga.

Menurutnya, setakat ini, inisiatif tersebut telah mendapat maklum balas yang baik daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Kuching.

“Hasil eksperimen kami telah menunjukkan, dalam jangka masa 24 jam, satu kilogram ulat boleh melupuskan satu kilogram sisa organik secara semula jadi.

“Ini adalah satu cara kita boleh gunakan untuk mengurangkan bahan buangan organik di tapak pelupusan sampah tanpa kesan negatif terhadap alam sekitar,” ujarnya.

Pada masa ini, Jeff berkata, pihak beliau telah memulakan inisiatif pelupusan sisa organik menggunakan teknologi serangga dengan beberapa restoran dan hotel di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan