Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan hadir ke Islamik Fashion Festival yang berlangsung di Pekan, Pahang, baru-baru ini. Foto TVS

Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, pelihara warisan kebudayaan Pahang

ByAhmad Burhanuddin

PEKAN, 11 Ogos: Projek Pembangunan Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, yang terletak di Kampung Pulau Keladi, di sini, merupakan antara usaha besar dalam mengangkat dan memelihara warisan kebudayaan yang terdapat di negeri Pahang.

Perkampungan ini, yang pada mulanya dikenali sebagai Kompleks Budaya Pulau Keladi telah ditubuhkan ada tahun 1985 oleh Muzium Negeri Pahang yang hanya menempatkan rumah kelahiran Tun Razak.

Pada tahun 2022, Muzium Pahang telah menerima dana sebanyak RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan dan RM5 juta bagi projek pembangunan (fasa 2) daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi menaik taraf Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah.

Pusat tersebut turut merangkumi beberapa komponen budaya lain seperti Rumah Serambi Pahang, Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak, Balai Pameran Tengku Ampuan dan Dataran Tenun Pahang.

Di tempat yang sama, turut berlangsung Majlis Perasmian Islamic Fashion Festival (IFF) di Muzium Sultan Abu Bakar.

Penganjuran IFF bertujuan untuk menyampaikan mesej yang kukuh bahawa Islam adalah agama yang progresif dengan cara hidup yang berdaya maju.

Koleksi yang dipamerkan sepanjang majlis tersebut dipersembahkan berdasarkan prinsip kesopanan dalam Islam, selain perlu menghasilkan pelbagai gaya dan kreativiti yang dinamik.

Majlis itu juga bertujuan untuk mempromosikan agama Islam dan menarik serta mengekalkan minat orang ramai untuk mendalami Islam.

Saksikan Anggun, Islamik Fashion Festival yang menampilkan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dalam siaran ulangan pada Isnin jam 9.45 malam di saluran TVS 122 MYTV, Unifi TV dan Astro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan