Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu dalam Majlis Perhimpunan Sukarelawan Am "Here We Go" SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak hari ini. Foto Willy Jali (TVS)

SUKMA 2024: Sukarelawan sebagai ‘frontliner’, pastikan kelancaran temasya

ByWilly Jali

KUCHING, 10 Ogos: Sukarelawan Sukan Malaysia (SUKMA) yang menerima penyertaan lebih 2,900 orang sukarelawan am memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran sepanjang temasya sukan yang akan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, sukarelawan SUKMA menjadi duta besar Sarawak dan sebagai ‘frontliner’ yang akan menggalas tanggungjawab dalam temasya dwitahunan itu.

“Anda semua bukan di sebalik tabir, semua menjadi duta besar kita untuk menunjukkan orang Sarawak lain daripada yang lain. Ini juga adalah senjata rahsia saya untuk kita menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Sukarelawan Am “Here We Go” SUKMA XXI Sarawak 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Gerald yang juga merupakan Chef De Mission SUKMA XXI Sarawak 2024 berkata, unsur perpaduan yang ditunjukkan oleh semua pihak juga membawa makna yang penting dalam menjayakan SUKMA ke-21 tahun ini.

Tambahnya lagi, usaha dan dedikasi Sarawak terhadap persiapan SUKMA dapat dilihat melalui kerjasama yang utuh daripada jawatankuasa kerja, sukarelawan, pelatih dan juga atlet.

“Kita mempunyai satu misi untuk menjadikan Sarawak sebagai juara keseluruhan pada SUKMA ini. Setiap orang mempunyai peranan yang penting.

“Yang menjadi sukarelawan, kita mempunyai peranan yang penting, atlet kita mempunyai peranan yang penting. Satria dan Satrina, kita mempunyai peranan yang penting.

“Saya rasa kita mesti ada satu perpaduan, kita perlu kekalkan. Perpaduan ini memberikan semangat yang lebih, perpaduan ini menunjukkan kita di Sarawak tiada masalah,” katanya lagi. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan