Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat. Foto AFP

Pesawat penumpang terhempas di Brazil, 61 terbunuh

ByBernama

SAO PAULO, 10 Ogos: Seramai 61 penumpang dan anak kapal maut selepas sebuah pesawat penumpang terhempas di Sao Paulo, Brazil pada Jumaat, lapor Xinhua.

Syarikat penerbangan Voepass dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat yang terhempas di kejiranan Capela de Vinhedo itu membawa 57 penumpang dan empat kru.

Pesawat itu dilaporkan dalam perjalanan dari bandar Cascavel, Parana menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos di Sao Paulo.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menyatakan “solidariti kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban” di platform sosial X. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan